Isnin, 9 Mei 2011

rombongan ke pulau langkawi 6/7/8 may 2011

sekali lagi tahun 2011 kami mengadakan rombongan ke pulau langkawi.tahun 2011 hanya satu bas sahaja,seramai 45 ahli dan keluarga ahli terlibat.Bas berlepas dari Prestige Ceramics 11.30malam sampai di Jeti Kuala Perlis pada Jam 6.30pagi,Naik Fery Jam 8.00pagi sampai di Jeti Langkawi pada Jam 9.15pagi terus naik bas tuju ke ECOPARK seterusnya ke kilang Gamat,daftar masuk ke AB Motel pada jam 3 petang.hari kedua 7 may 2011 sarapan pagi di Sandy Beach ,aktiviti bas ,Ahli Ahli yang terlibat gembira berada di Pulau Langkawi pulang pada Hari Ahad jam 10 pagi menuju ke Padang Besar Thailand.Berlepas pulang ke Puchong sampai pada jam 11.30malam.

Khamis, 17 Februari 2011

2011

laangkawi trip akan diadakan pada 5 may 2011 hingga 8 may 2011
lawatan ke langkawi dan padang besar
desa water park pada july 2011 ( 1 hari ceria bersam komuniti pcsb )
acara sukanika ( family day ) pada december minggu satu

Khamis, 14 Januari 2010

yearly planing 2010

dua hari pecah otak untuk buat plan aktiviti untuk setahun yang melibatkan aktiviti sukan dan pertandingan dan juga susunan kewangan,yang pasti aktiviti sukan penuh tiap-tiap bulan cuma rehat bulan lapan pasal puasa,pertandingan pesahabatan antara george kent aktiviti badminton dan bowling,badminton akan diadakan pada 6 february 2010 jam 2.30 petang dan bowling di adakan pada 11 mac 2010 jam 6.00 petang

jamuan satay

kelab komuniti pcsb telah mengadakan jamuaan satay pada 6 december 2009,meriah walaupun acara di mula lambat satu jam,gelabah juga aku berucap nasib baik ada skrip lega....acara berjalan lancar cuma makanan tak menepati cita rasa semua orang,sebab kaum lain dari melayu india dan cina yang pandai makan satay,hadiah-hadiah yang di sediakan sudah cukup membuat ahli-ahli hadir pada majlis jamuaan satay pada malam tersebut.

Sabtu, 7 November 2009

cat kantin

hari sabtu 31 oktober,ramai juga yang hadir utk mengecat kantin . sedikit jamuan di sediakan pizzahut pihak kantin juga telah menyumbang berupa air minuman dan memasak bubur cha-cha goreng pisang jua menyediakan minuman petang.mengecat dihenti pada jam 5 petang bila cat dah habis,kami kkpc telah memohon kilang order utk 2 tong cat lagi utk menghabiskan mana tempat yg belum dicat lagi,

Sabtu, 24 Oktober 2009

cenderahati utk jamuan makan 09

selasa tu hari aku dan gabriel gi tempah door gift,barang-barangnya pp bag plastik utk isi barang door gift,note pad with cenlender 2010 dan langyad beserta logo kelab komuniti pcsb

Jumaat, 16 Oktober 2009

butiran mesyuarat bulan oktober 09

berbagai isu di timbulkan , seperti biasa aktiviti untuk bulan diatur di langsung macam biasa,aktiviti bowling,snooker badminton tidak dapat di adakan pada bulan oktober kerana tiada gelanggang yang kosong,oleh itu kos untuk bulan oktober di bawa ke bulan november,berganda lah aktiviti badminton pada bulan november 09.perkara lain yang di bincangkan tentang aktiviti jamuan makan malam yang di akan di adakan pada 6 december 09 di hj shamuri satay kajang house,pada jam 8.00malam,acara lucky draw juga akan di adakan,artis belum cari lagi,,,,ahtiviti seterusnya pada 31 oktober 09 akan diadakan aktiviti mengeCAT kantin prestige ceramics pada jam 2.00 petang.

Isnin, 5 Oktober 2009

mesyuarat bulan oktober

di jemput semua ahlijawatankuasa untuk menghadirkan diri pada 8-10-09 jam 3.30petang di bilik mesyuarat bahagian pengeluaran,mesyuarat kali ini ada dua agenda yang penting ia itu , kelab komuniti pcsb mencadangkan di adakan jamuan satay dan cabutan no bertuah tarikh akan di bincangkkan kemudian dan cat kantin selewat-lewat nya di adakan pada hujung bulan oktober.

Khamis, 1 Oktober 2009

bulan puasa

kelab komuniti pcsb menghentikan aktiviti pada bulan september kerana menghormati bulan puasa namun kos telah di keluarkan untuk membeli peralatan sukan berupa papan dart dan papan karom sebagai menambah aktiviti dalaman ( indoor game ).

Khamis, 3 September 2009

beli peralatan sukan

hari selasa,gi bank lepas tu gi ambil atau beli peralatan sukan karom RM 299.90 Dart RM 205.00 tambah mata Dart RM 51.00 jumlah RM 555.90

Rabu, 22 Julai 2009

Mesyuarat Bulanan Kelab Komuniti PCSB

Mesyuarat Bulanan Kelab Komuniti PCSB akan diadakan pada 6 ogos 09 jam 3.30 petang.Agenda Utama Aktiviti untuk Kaum Wanita,juga lapuran Aktiviti yang telah berlansung pada bulan julai 09 dan Aktiviti yang akan di adakan pada bulan ogos.

sambung aktiviti bulan julai 09

Pada 22 julai 09 aktiviti Bowling telah diadakan di IOI Mall,seramai 6 orang ahli telah hadir di ketuai En Sandra Sigran dan pada 25 julai 09 akan di adakan Snooker di Sam Chong Tesco jam 7.00 petang dan di ketuai oleh En Zailaney.Khas untuk Ahli yang berada di shift yang lain.

Jumaat, 17 Julai 2009

aktiviti bulan julai

15 julai 2009 telah diadakan latihan bowling,di IOI Mall ,9 lelaki 3 perempuan.Pada 17 julai 2009 jam 5 - 7petang telah diadakan latihan badminton di puchong indah,seramai 7 ahli telah hadir.Pada 18 julai 2009 di adakan latihan Snooker yang di adakan di Sam chong,Tesco pada jam 7petang.

Isnin, 13 Julai 2009

aktiviti bulan julai

Aktiviti Bulan Julai 2009 , Latihan Bowling akan diadakan pada 15 julai 2009 jam 6.00petang tempat IOI mall , Badminton akan diadakan pada 17 julai 2009 jam 5.00 hingga 7.00 petang , Snooker pada 18 julai 2009 jam 7.00petang di sam chong , tesco puchong,diharap ahli-ahli KKPC gembira bersukan moto kita 'Ceria Bersama Komuniti '

Sumbangan

Untuk perhatian semua Ahli-Ahli Kelab Komuniti PCSB , KKPC telah menerima sumbangan Papan Kenyataan ( Notice Board )dari Penasihat KKPC Mr Foo Kok Fai dan Mr Ramish yang bernilai RM 380.00 dan Mr Gabriel telah menyumbang buku 'invoce'sebanyak 10 set setiap satu bernilai RM 15.00 x 10 = RM 150.00.Diharap kita akan dapat lagi sumbangan-sumbangan dari syarikat-syarikat atau orang peseorangan.

mesyuarat kali pertama

Pada 9 julai 2009 jam 3.30petang telah berlansungnya mesyuarat kali pertama kelab komuniti pcsb.Mesyuarat telah di jalankan mengikut agenda yang di beri,pengerusi telah menceritakan perjalanan pengundian,nama baru yang di pilih,etika mesyuarat,aktiviti segera ,projek segera dan berbagai lagi.Dibawah di senaraikan ahlijawatan yang terpilih.

pengerusi- Md Khamis Saffar
N.Pengerusi- Sandra Sigran
Setiausaha - Gabriel Pinto
Bendahari - Ramulu
Pemeriksa kira-kira Dalaman - Mohd Soffey

Ahlijawatankuasa bahagian

Pejabat- Mezeny
Selection & Packing- Fadzir / Zurina
Glaze Line ( F )- Mahendran
Glaze Line ( W )- Agus / Norhafiz / M.Khairul
B/P - John Subramayam / Ravichandran
G/P - Sukumaran / Ramlah
Maintenance - M.Zailaney

Rabu, 1 Julai 2009

Nama Kelab Sukan yang baru

Pengerusi Kelab sukan Prestige Ceramics,telah memilih nama baru kelab sukan,jika dulu Kelab Sukan & Rekreasi Alaf Baru kini di tukar kepada Kelab Komuniti PCSB walaupun kelab ini lebih kepada sukan tapi kita tidak boleh lupa kepada masyarakat ( komuniti ) yang berbagai dalam kilang Prestige Ceramics ini.Fungsi Sukan tidak akan dilupakan tertapi perhatian masa sekarang lebih kepada kaum wanita.

Pengumuman Pengundian Pengerusi KSR

Tarikh 29 june 2009,jam 2.45 petang,telah diumumkan keputusan pengundian pemilihan pengerusi baru kelab sukan prestige ceramics.Keputusan nya Md Khamis 45 undi,Peter 39 undi dan Gabriel 19 undi.Mr Foo telah mengumumkan Md Khamis sebagai Pengerusi baru untuk sesi 2009 hingga 2012.Yang hadir pada hari tersebut Mr Foo,Michel,Rozita,Norida,Sandra,Ramulu,John,Soffey,Md Khamis,Peter,Ramlah.Md Khamis mendapat ucap thaniah dari semua yang hadir.Menyuarat tamat jam 4.10 petang.

Isnin, 15 Jun 2009

KELAB KEMUNITI PCSB

SALAM MESRA SELAMAT DATANG KE BLOG BARU KOMUNITI KELAB SUKAN PRESTIGE CERAMICS SDN BHD.Kelab Komuniti PCSB ( KKPC )